Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Our Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, December 8, 2011

-

diam adalah lebih baik daripada berkata-kata -_-

Wednesday, December 7, 2011

Ponteng Kelas

Yeay.Arini ponteng kelas. Ishh..Ingat aku suka ke ponteng2 ni. Tak de maknenye. Aku tak larat sangat nak pergi kelas petang ni. Aku pon da bagitahu lecturer. Penat giler kot sekarang ni. Semalam pagi petang pergi UTM. Nak settlekan shooting video. Balik umah tengok kaki da menggemok. Patotla sandal pon ketat je. Rupanye kaki da bengkak. Malam sambung pulak wat tesis. Selalunya kalu da satu hari camtu da penat mesti da tido lepas isyak. Tapi tesis punye pasal bertahan jugak la aku. Tido pon tah pukul berapa. Bangun pagi ni plak memang tak larat langsung. Tapi ade discussion lagi kat UTM, so gagahkan diri lagi bangun untuk pergi UTM. Mase kat UTM mcm2 nak settle so jalan pon banyak lagi. Lepas discussion nak bangun je dari tempat duduk rase berat sangat. Tapi takkan nak duk je situ kan. Gagahkan diri lagi berjalan ke kereta. Tapi yang rase kelakar dalam kereta bole nangis pulak sebab sakit kaki. Ishh..mcm budak kecik je. Tak tabah langsung. Sekarang ni masa untuk rehat kan kaki je la. Bestnye kalau ada orang nak urut. Tapi suami pon takde kat rumah. Urut sendiri je la. Sekarang masa untuk kaki je rehat tapi minda still lagi nak kene berkerja ni. Nak siapkan tesis. 


P/S~ Semoga Allah permudahkan segala urusan ku. Amin. 

Monday, December 5, 2011

-

It's not good for pregnant woman to be stress..Yeke..But then, it's something that we can't control by ourselves. Bila da melambak kerja and we need to finish it in a certain time mestila stress kan? ermm. Now, stress kot. Entah la. Maybe ada yang still tak faham. Sekarang I really have to habiskan tesis master. This is must. At the same time, even ade 2 classes je assignment still melambak. Satu assignment pon tak siap lagi. Target nak abeskan tesis by this week. I'm trying hard ok. Pregnant tak sebabkan aku stress pon cz I cant wait to have this baby. Tapi dugaan during pregnancy ni cuma ibu mengandung je tau. Yang lain tengok je but they didn't feel it. I learned something from twilight film. Bella sanggup korbankan apa shj for her baby. Even dia tahu she might die kalau dia mengandungkan baby tu. That was true. Aku dah hadapi macam2 masa mengandung ni.Start dari awl sampai sekarang. Tapi kita kene la tabah sebab kita bakal bertarung nyawa untuk satu lagi nyawa yang bakal lahir. Sedang mencuba untuk sentiasa positif. InsyaAllah, semuanya akan berjalan lancar. amin

Sunday, November 20, 2011

2011 session is over

Alhamdulillah, school for 2011 is over. But still have a lot of work to do. A little bit release cz do not have to think about school for a moment. Cz there is something more important that I have to do. My master project. Fuhh..so much things to do. This sem i do nothing for my master class. Even my assignment. I'm waiting for school holidays to settle everything. And now it's a time for me to struggle for it.


What ever happen I have to finish my master this sem cz nx year I will not be in JB anymore. I'm not teaching in desa skudai anymore. I already got transfer to Pahang. To be with my husband and it was a good news to me. Being with him is what I really want. InsyaAllah, I will be a good wife to him.


To all my students, I love you all and hopefully you will achieve your dreams. 

Sunday, October 16, 2011

Advice

I learned something this week.
In relationship, sometimes you should put aside your ego.
Because it might destroy your relationship.
If you made a mistakes
Admit it and apologize
If not, it will become worst
And you will regret it


p/s ~ Thanks Allah for everything and giving me him in my life. :)

Tuesday, October 11, 2011

Alhamdulillah

It's time to work out.
Yeay. Energy is recovered. InsyaAllah, I'll get better and better soon.
Hopefully my baby is healthy and active in there. Hee~
I really miss my hubby now. Hopefully he is doing well too.


Now, I'm working hard in completing science and maths final exam question, assignment for my master class (my last sem and i only have two class to attend) and my master project.


The biggest task is my master project. Really hope I can complete it this sem. InsyaAllah. Pray for me.


p/s ~ today was 111011. nice date ~:)

Tuesday, October 4, 2011

A few things I missed

Alhamdulillah, yesterday dah discharge from hospital. Doctor tanya nak keluar, for sure la aku jawab nak. Lama da kot duduk hospital and I missed home so much. Miss my room and my bed. Tapi Kalau tak duduk hospital aku tak sihat pulak nanti kan. All nurses taking a good care on me. Nurse pon semua baik2. Cuma aku kat sane agak lemah la so takdela borak2 sangat. Just duduk atas katil and diam. Observe everyone around me. 


Lama tak lama it almost 2 weeks aku tak pergi sekolah. Baru discharge 3 hari pastu masuk semula hospital sebab asthma. Actually, ni memang unexpected la. Aku pon da lama tak kene asthma. Last was in 1998. Sekrang da datang balik, so memang kene jaga. Especially aku tengah pregnant sekarang. Masuk hospital memang sangat risau. Everytime nurse bagi ubat macam tak nak makan. Risau sangat tapi dieorang da cakap apa yang dieorang bagi InsyaAllah safe for the baby. Yang penting aku mesti sihat, Kalau tau macam mana aku nak bawa baby ni kan. Perot pon da semakin membesar. So, need to be strong la kan.


Ada beberapa perkara yang aku miss mase aku kat hospital. It's not because aku lupe, tapi sebab aku tak larat sangat so aku pon terpaksa meng'ignore' nye dulu.


21 september ade 2 peristiwa penting dalam hidup aku. Firstly, Birthday bestfriend yang paling aku sayang. Nor Shafiza Supardi. Last year aku sempat buat special post utk dia. Tapi dis year, tak sempat pon buat apa2. Wish pon da lambat. Tapi aku nak kau tahu fiz, aku SAYANG KAU BERGANDA-GANDA. Kau kawan aku sampai bila2. Nanti aku da sihat kita hang out ye.
Peristiwa ke2 yang penting ialah relationship between me and my husband is already 5 years. Alhamdulillah, 5 tahun menambahkan lagi kasih sayang aku pada sang suami. InsyaAllah kekal ke akhir hayat. Amin.


23 September pon besday salah sorang besfriend aku kat sekolah. Fedouf, last year aku belikan kek untuk dia. Tapi diz year, wish pon tak sempat. Dia da macam kakak aku. Aku syang kau. Thanks visit aku n bawak mcd..:)


Sekarang dalam recovery phase. Still rehat kat rumah till friday. Doctor suruh rest and pegi skola ari Isnin. InsyaAllah, Isnin aku akan ke sekolah and I missed my students too.

Monday, September 26, 2011

Experience makes me stronger

Whatever happen experience makes me stronger. Even it was a sad story. Saat tu memang sedih la kan. But when I recall it again, it was mine. My experience, not yours. Tak semua akan merasa seperti yang aku rasa. Every people face different things. Let me share it with you and I want to keep it cz it was my first time as a mummy to be. 


Ia memberikan pengajaran pada aku. Sebab when i get sicked i should see a doctor. Tapi kerana nak bertahan and rase I am stronger. Boleh lawan sakit ni so aku tetap pergi skola macam biasa sampaila ari rabu tu memang da tak tahan lagi. Headache yang sangat terok. Pergi klinik Fatimah, klinik tu pulak da stop patient. Time tu memang dah takde tunjuk kuat. Masuk kereta menangis sebab terlalu sakit. Balik rumah sms tanya babah whether he already went to KL or not. Luckily belom lagi pergi and babah pun call. Menangis lagi beritahu sakit kepala. Babah suruh tunggu and datang untuk bawak pergi klinik. At the same time, babah call mak ngah suruh tengokkan aku kat rumah. Mak ngah datang and decide utk bawak teros aku ke klinik. Pergi klinik UTM tapi tersangat la ramai org. Maklumla student pon baru naik kan. Lame tunggu turn, babah sampai. Babah nak bawak pergii hospital je. lagi senang. Babah suruh jugak packed barang sbb suruh aku tido kat hospital dengan mama. Tak boleh tido sorang kat rumah and khamis tak larat amek je mc. 


Sampai kat outpatient klinik teros dpt jmp dr. Orang takde da. Da petang pun. Tapi hampeh je dr tuh. Nak tak nak je cek aku. Siap marah kata aku patot check kat tempat aku wat pregnancy check up. Pastu cakap semua ok, takde pape. Time tu nak nanges lagi sbb still lagi sakit. Babah pun hantar aku kat wad mama. Babah tinggalkan kereta untuk aku supaya pagi2 esoknye kalau rase nak pergi klinik bole g klinik lg. Babah blk rumah naik bas je. Tu la pengorbanan babah. Kat wad mama, malam tu memang aku tak larat la. Terbaring je. Sakit kepala memang sangatla sakit. Tido pon tak berapa boleh. Paginye terbangun 5.30 teros muntah2. Tak makan pun muntah. Makan pon muntah. Plus dgn sakit kepala lagi. Memang sakit yang amat. Aku plak cam biase la da tua pon nak menanges je la bile da sakit. 


Mama pon tak sampai hati tengok. Da tak tahu nak buat mcm mana. Mama srh pergi klinik lagi tapi xbg aku drive sbb tengok mmg da lembik la. Mama call mak ngah mintak tlg amek aku kat hospital and bawak ke pusat kesihtn tmn u. Pergi sane, satu hal lagi nak kene menunggu. Aku pon memang da lembik la. Jumpa dr, dr cek air kencing sume. Dr kate ni kene masuk wad ni. Kene anta ke HSA. Time tu da taknak la susahkan makngah. Kesian dia, uruskan aku dr pagi smp kul2 kat pusat kesihtn tu. Aku naik ambulans sorang2 je. Mas tu memang sedih la. Takde sape kan. Bila nak naek tu nurse tolak dgn wheel chair. Kat situ sume tanye husband mane, family mane.  Aku pon mcm da tak mampu nak ckp kan.


Naik ambulans da kali ke2 tapi ni first time la sbg pesakit lepas tu naik sorang2 je. sampai HSA, ade nurse dtg amek aku naek wheel chair. Kalau tgk aku time tu memang macam orang sakit sangat la. Ke sana ke sini naek wheel chair je and yang tolak nurse or doctor je. Orang laen ade family yang tolak. Mase tu da sakit kan, sedih memang la sedih tapi aku tahu macam mane pon aku kene la bertabah kan. Da setel semua check, masuk la wad. Petang tu mak ngah datang la melwat aku kat hospital. Tapi aku pon tak larat. Terbaring je la.
Lepas magrib tak lame tu suami pon sampai. Alhamdulillah, suami sentiasa ada di sisi aku. Adik pon balk dr KL dgn babah hari tu jugak. Malam tu adk la yang teman aku tido kat hospital.


Walaupun 2 malam je kat hospital, aku rase memang da tak nak da masuk. Bukan apa kene cucuk masuk air tu tak kesah la. Tapi sepanjang mase 2 1/2 hari tu memang aku kene masuk air je. mane tak penat kan. Tiap kali g toilet pulak kene bawa botol. Kene buang air dalam botol cz dr nak monitor kencing aku. Dengan tangan bercucuk tu kene buang air dlm botol. Mahu tak penat aku. Lepas ni aku kene minum air masak banyak2. Tak nak lg masuk hospital. 


To my baby, sorry mummy tak jage diri mummy baik2. Sekarang kene lebih berhati2. Banyakkan minum air masak n makan makanan berkhasiat. InsyaAllah semuanya akan ok.

Monday, September 12, 2011

Nafsu Naga

Tadi sang suami call.
Bercerita dengan beliau tentang nafsu naga sang isteri.
Isteri: Syg, td kan kita da mkn nasi mase tghari kat sekolah.
Suami: Pastu?
Isteri: Pastu balik umah kita lapar lagi la. Kita pon tepon pizza.
Suami: Wah3..
Isteri: Kita tepon pizza. Pizza dtg anta pizza dgn pasta kat umah. Kt makan semua skali.
Mesti sang suami terkejut dengan nafsu naga isterinya.
Isteri: Sekarang ni kita cepat laparla. Da makan pon lapar lagi. (Alasan konon2 makan banyak sbb pregnant. HAHA)

Thursday, September 8, 2011

Raya da basi

Firstly, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.


Ok. Lambat update pasal raya and rasanya tak tahu nak update apa. Apa yang special raya tahun ni?? Of coursela first time beraya sebagai isteri. Apa bezanya?? Beraya di kampung suami pada hari raya pertama. So, macam tuh la. 1st time kan beraya kat tempat orang. Memang la rasa kekok. 24 tahun kot aku raya dengan mama and babah, then tahun ni pertama kalinya beraya dengan suami. Tapi aku still ok la takde touching2 pon. Cool je. Hee~


Persiapan raya pon biase2 je. Takde nak gila2 sangat. Kalau dulu2 biasa la kan. Adik beradik semua perempuan kan. Bila nak raya semua bende nak beli. Baju la, selendang la, make up la, accessories la, adeh2.. mcm2 la kan.. Tapi tahun ni?? Rasa macam da tua je plak kan. Takde rase pon. Cuma beli baju je. Actually baju da ade. Aku dapat hadiah from ayah ngah kain sari yang die beli kat India. Aku pon da tempah la buat kebaya. Memang cantik sangat la baju tuh. Aku suka. Tapi malangnya tak dapat nak pakai. Why??? Bukan sebab tak siap. Tapi mengenangkan aku da berbadan dua ni tak berapa sesuai la nak pakai kebaya. HAHA. Kesian kan. Kalau buat baju kurung mungkin bole la pkai. Tapi kebaya memang la tak mungkin. Nanti ade plak yang mengata cakap perempuan ni perot buncit pon nak pakai kebaya. HAHA. kesian kan. So, sedar la diri tuh.


Walaupun hakikatnya perut aku nih tak berapa nampak lagi tapi hakikat sebenar aku je la tahu kan. Aku da tak berapa selesa nak pkai seluar or kain sebab rase macam menyendat je kat perot nih. So, sempena raya aku pon decide untuk beli jubah je. Senang kan. Perot pon tak nampak. Mula2 rasa macam beli satu pon da cukup. Lepas tu sampai kedai nak beli 2. Akhirnya beli 3. HAHA. bagus. Aku ni memang camni, selalu target mesti terlebih punye. Yang best siap janji dengan si suami, kuar duet RM400 so RM200 utk kita and RM200 utk awk. Tapi akhirnya semuanya aku yang habiskan. Siap tak cukup lagi. HAHA.


Balik kampung suami hari Ahad. Agak da lewat kan. Tu pon sebab aku nak setelkan keje. Maklumla keje banyak. Pastu sebok nak makan Nando's. Suami kata esok je la. Tapi berdegil nak jugak makan ari Ahad tu. Nak tak nak si suami bawak jugak. Tu pon da merajuk2. Dengan mata bergenang and bila suami tanye nak pegi mane bole jawab balek je la kampung. Merajuk tu pon sebab nak sangat balik pahang raye ke2. Walaupun jawab macam tu si suami tetap jugak bawa pegi ke bukit indah. Sampai sana pon still lagi merajuk tapi bila suami ajak masuk kedai emas terus je ilang merajuk tu. HAHA. Kelakar betol.
Si suami memang tak pernah jemu nak melayan karenah isteri nya yang asyik kuat merajuk. Kadang tu die buat diam je. Lama2 ok la sendiri. Kadang pandai je si suami ni pujuk dengan gurau2. Kacau tengah buat keje. Isteri nye pon merajuk tak lama. Kejap je. Hee~


Alhamdulillah, raya tahun ni dapat merasai nikmat beraya bersama suami. InsyaAllah tahun depan, panjang umur tambah lagi sorang ahli keluarga. Bertambah meriahla keluarga kami.
Gambar raya takde la nak letak. Sendiri pon takde bergambar bersama suami. Takpe la kan. Yang penting saya sayang awak..:)

Saturday, August 27, 2011

Post Raya

Alhamdulillah..
Hari ini 27 Ramadhan dan 2 hari lagi kita bakal menyambut Syawal.
Aku sebagai insan tak lari dari melakukan kesilapan memohon maaf di atas segala perbuatan dan tutur kata yang tidak sopan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin


Buat suami tersayang,
Ribuan kemaafan dipinta atas segala keterlanjuran sikap yang kadangkala memerlukan kesabaran yang tinggi.
Saya sedar kadangkala sikap saya tidak lagi menunjukkan kematangan yang sepatutnya tetapi saya mencuba ke arah yang lebih baik dan menjadi isteri solehah.
Kasih sayang saya terhadap sayang InsyaAllah kekal ke akhir hayat.


Ikhlas,
Fatimah Hishamuddin

Monday, August 15, 2011

Four Wives


The Four Wives
Author Unknown
Once upon a time, there was a rich merchant who had 4 wives.  He loved the 4th wife the most and adorned her with rich robes and treated her to delicacies.  He took great care of her and gave her nothing but the best.He also loved the 3rd wife very much.  He's very proud of her and always wanted to show off her to his friends.  However, the merchant is always in great fear that she might run away with some other men.
He loved his 2nd wife, too.  She is a very considerate person, always patient and in fact is the merchant's confidante. Whenever the merchant faced some problems, he always turned to his 2nd wife and she would always help him out and tide him through difficult times.
Now, the merchant's 1st wife is a very loyal partner and has made great contributions in maintaining his wealth and business as well as taking care of the household. However, the merchant did not love the first wife and although she loved him deeply, he hardly took notice of her.
One day, the merchant fell ill. Before long, he knew that he was going to die soon.  He thought of his luxurious life and told himself, "Now I have 4 wives with me. But when I die, I'll be alone. How lonely I'll be!" Thus, he asked the 4th wife, "I loved you most, endowed you with the finest clothing and showered great care over you. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?"
"No way!" replied the 4th wife and she walked away without another word. The answer cut like a sharp knife right into the merchant's heart.
The sad merchant then asked the 3rd wife, "I have loved you so much for all my life. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?"
"No!" replied the 3rd wife. "Life is so good over here!  I'm going to remarry when you die!"
The merchant's heart sank and turned cold.
He then asked the 2nd wife, "I always turned to you for help and you've always helped me out. Now I need your help again. When I die, will you follow me and keep me company?"
"I'm sorry, I can't help you out this time!" replied the 2nd wife. "At the very most, I can only send you to your grave."
The answer came like a bolt of thunder and the merchant was devastated.
Then a voice called out : "I'll leave with you. I'll follow you no matter where you go.
"The merchant looked up and there was his first wife. She was so skinny, almost like she suffered from malnutrition. Greatly grieved, the merchant said, "I should have taken much better care of you while I could have!"

We all have 4 wives in our lives. The 4th wife is our body. No matter how much time and effort we lavish in making it look good, it'll leave us when we die.
Our 3rd wife is our possessions, status and wealth. When we die, they all go to others.
The 2nd wife is our family and friends. No matter how close they had been there for us when we're alive, the furthest they can stay by us is up to the grave.
The 1st wife is in fact our soul, often neglected in our pursuit of material wealth and sensual pleasure. It is actually the only thing that follows us wherever we go. Perhaps it's a good idea to cultivate and strengthen it now rather than wait until we're on our death bed to lament. 

The Most


The most selfish 1 letter word 
"I" 
Avoid it.

The most satisfying 2-letter word 
"WE" 
Use it.

The most poisonous 3-letter word 
"EGO" 
Kill it.

The most used 4-letter word 
"LOVE" 
Value it.

The most pleasing 5-letter word 
"SMILE" 
Keep it.

The fastest spreading 6-letter word 
"RUMOUR" 
Ignore it.

The hardest working 7-letter word 
"SUCCESS" 
Achieve it.

The most enviable 8-letter word 
"JEALOUSY" 
Distance it.

The most powerful 9-letter word 
"KNOWLEDGE" 
Acquire it.

The most essential 10-letter word 
"CONFIDENCE" 
Trust it

Thursday, August 11, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah sudah 11 hari Umat Islam berpuasa. Begitu juga aku. Masih diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah SWT untuk menjalankan ibadah puasa. Walaupun minggu lepas diuji dengan kesihatan yang kurang baik namun aku gagahkan diri juga berpuasa dan Alhamdulillah Tuhan membantu hambanya yang memerlukan pertolongan. Dan semalam juga di kala aku tak berdaya apabila sejak pagi lagi semua makanan yang dimakan sahur dikeluarkan semula tanpa keinginan, aku masih lagi meneruskan puasa aku ini. Kala itu memang aku sudah hampir putus asa dan terasa mahu membatalkan puasa tapi mungkin kerana tiada syaitan yang menghasut diri aku pun memujuk dengan mengatakan niat kerana Allah pasti Allah akan membantu. Dan Alhamdulillah dalam keadaan yang tidak berdaya aku masih mampu menghabiskan puasa aku. Syukur Alhamdulillah. Ramai yang aku mendengar kisah2 dari rakan2 yang sudah berpengalaman menceritakan mereka tidak berdaya langsung berpuasa di kala berkeadaan seperti aku. Tapi aku tahu aku perlu gagahkan diri dan sentiasa memohon kekuatan dari Allah SWT kerana sesungguhnya hanya Allah yang Maha Besar boleh memberikan pertolongan kepada hambaNya. InsyaAllah aku bertabah untuk menghabiskan puasa aku pada tahun ini.



Thursday, August 4, 2011

Klinik

Hari ni memang sangat lemah. Tak tahan dan pergila jugak klinik balik skolah tadi.


Masalah
Infection dalam hidung menyebabkan bengkak dan radang.
Infection juga telah menyebabkan sakit2 badan.
Tekak mula membengkak disebabkan kelenjar.
Kelenjar telah menyebabkan kepala menjadi berat dan sakit.
Demam
~ Memang sakit sangat kepala tadi tapi gagahkan diri jugak pergi sekolah


Penyebab
1. tak cukup rehat
2. cuaca yang sekejap panas sekejap hujan
3. faktor pemakanan
~ tak cukup rehat lagi ke??nak cukup macam mana la ek...


Nasihat doktor
1. Jangan minum ais
2. Jangan makan seafood
3. Jangan makan makanan begoreng
4. Jangan makan kacang2 or kerepek2 
5. Jangan pergi bazar
~dr tak bagi pegi bazar..sbb rmai org and udara pon tak bgs.terlalu banyak asap..seafood pon tak boleh makan..sabar je la..


Ubat
1. Antibiotik
2. Demam
3. selsema
4. Sakit tekak
~ dr da boleh bagi ubat cume ubat yang dose rendah je untuk tak memberi kesan pada bayi dalam perut. tadi dr scan lagi dapat tgk baby. wahh..baby da besar n nampak gerak2..sronok sgt.. kalau tak bg ubat dr kate skrg da infection nnt infection kat peparu plak..so, untuk untuk kesihatan ibu perlula juga mkn ubat..


p/s ~ so tomorrow i got medical leave..rehat la puas2 kat umah..:)

Friday, July 29, 2011

alone

Bile nak balik???
Cepatla..Kita bosan tau duk umah sorang2..
Sunyi..sepi je..
Nak masak tak larat..
Beli makan kat luar je..
Bosan..
Cepatla balik...:'(


p/s ~ saya rindu awak..:'(

Thursday, July 28, 2011

tawar hati

Kenapa tawar hati??kenapa tak manis?pahit?masam?masin..Semua tu ada rasa. Tapi tawar je takde rasa. So sekarang da takde rase. Rase pe??Tahlah..Aku pon tak tahu aku yang terlebih emosi ataupun memang sape2 je yang ade kat tempat aku akan rasa macam ni. Sekarang juga rasa nak pindah. Buat apa kita tinggal kalau orang tak hargai kita. Berusaha sedaya upaya nak memberi mereka ilmu tapi balasannya?? Sedih kott. Lebih baik ajar budak tak pandai dripada budak pandai. Sekurang2nya mereka tahu mereka tak pandai dan berusaha untuk belajar walaupun memang ada yang taknak belajar mereka masih sedar aku guru mereka. Ajar budak pandai mereka da rase mereka pandai sangat sampai cikgu pun mereka rase tak perlu hormat. Pada aku mereka ni lebih bodoh daripada budak yang tak pandai. Bodoh tingkah laku, bodoh budi bahasa kerana tak tahu gunakan akal fikiran dan bertindak secara waras.


Rasa nak marah tapi sabar. Sebab aku tahu yang berperangai macam ni cuma 2-3 orang saje. Dari satu kelas tu memang yang biadab sangat yang itu je la. Takpela. Aku da cakap mereka tak minta maaf dengan aku jumpa je la dekat akhirat. Biar Tuhan saje yang mengadili semua ni. Aku tak suke alasan mereka masih budak. Tak tahu apa yang mereka buat. Itu memang tak boleh diterima akal fikiran. Sebab mereka punya akal. Sepatutnya sedar aku guru mereka. Orang lain bole kenapa mereka tak bole?? Aku pon taknak menyumpah menggunakan perkataan tak baik sebab aku pon taknak anak yang bakal lahir nanti bersikap seperti mereka. Aku berdoa anak yang bakal lahir nanti menjadi anak yang soleh. Masih bersyukur kerana ada anak2 murid aku yang prihatin. Mereka pandai memujuk. Aku masih mahu mengajar pun kerana mereka yang masih tahu menghormati aku dan mahu mendengar. Dan Alhamdulillah yang masih mahu mendengar dan menghormati itu lebih ramai.


p/s ~ sedih bukan sebab mereka. tapi sekarang sedih sbb rindu sang suami..:'(

Thursday, July 21, 2011

Mengidam ke???

OK.Skarag konpius. Ini ke namanya mengidam. Tak tahula. Last week dengar Along cakap die wat pudding fruit cocktail. Then, terasa nak sangat makan. Kasitahu mama nanti buatla pudding fruit cocktail tapi tggu la si suami balek nak makan same2 dgn suami. Hee~ tapi tak tahula. Asek terbayang dan sangat tak sabar nak makan pudding fruit cocktail. Yang paling tak tahan sampai mimpi2 lagi. Mimpi makan pudding fruit cocktail tapi bukan mama la buat. Mimpi student aku yang buat. HAHA. Siap da cite kat dieorang n mintak pudding fruit cocktail jgak. Tapi sngat tak sabar nak makan. Esok sang suami balik and mama kata nak buat. Aish..cepat la masa berlalu..


Mood ~ x bole nk makan tapi nak sngat makan. so macam mane??

Sunday, July 17, 2011

m.a.l.a.s.d.a.n.p.e.n.a.t

Sejak dua menjak ni kesihatan tak brape nak mengizinkan. Izinkan ape aku pon tak tahu. HAHA. Yela. Kemalasan dan kepenatan mengatasi segala-galanya. Betol la membe aku cakap bila keadaan macam ni ko akan rasa malas yang teramat yang tak pernah ko rase plus kepenatan seperti bekerja 24jam takde hentinya. Giler tak giler kan. Tapi dalam tempoh ni memang kene sangatla bertabah kan. Aku ni da la over sensitif bila keadaan camni lagi la double over sensitif. Sang suami pula tak ada kat sisi. bertambah triple over sensitif lagi la kan. Ada juga membe aku cakap bila keadaan camni takde suami kat sisi lagi la. Dia ada suami pon menangis je kejenya. Aku ni yang suami takde kat sisi cmne?? Nangis la jgak kan. Tapi sorang2 je la. Bukan pe kan. Kadang tu bile penat melampui segala2nya, nak makan pon tak bole, da xbole makan energy pon takde la kan. Terbaring sorang2 kat bilik. Mule la air mata pon keluar mencurah2. Sedih la konon duk sorang2 kan. Takpela. Bertabah je la kan. Semua ni dugaan Tuhan kan..


p/s ~ aku bukan nak mintak simpati pon. HAHA.

Friday, July 1, 2011

I'm Back

Nampaknya da lama tak menulis. Bukan taknak tapi disebabkan beberapa masalah berkaitan dgn blog ni so aku stop dulu. Plus dengan stress kerja yang melambak n induksi yang aku kene study.Honestly induksi tu memang aku tak sempat study semua. Nota dia terlalu la banyak. Kerja sekola pon banyak macam mana la nak fokus induksi kan. Bile da sampai je masa untuk induksi mula la gelabah sebab study tak habes. pengalaman yang lepas kata takpe cz nanti dia bagi tip kuar xm ape. Tapi ade jgak yang ckap kene contact dengan membe luar cz Johor jarang bg tips. Langkah berjaga2 aku pon contact membe aku kat perak and Sabah. Alhamdulillah dapatla tips dari dieorang dan memang same pon tips nya.


Induksi kat Hotel Tropical Inn tu takdela best sagat. 3 Hari tu memang tak sabar rase nak cepat balik tapi takot nak exam. Duk dalam dewan yang sejuk giler and asyik mengantok je. Tapi makan memang best la. Makan kat hotel kan. Aku pon makan takde la banyak sangat tapi lebih byk dr biasa la. HAHA. 2 Malam kat sane memang konon nak stay up la nak study. 1st malam study sampai kul 1 lebih je. The next malam memang tak sedar smp kul bape. Aku tertido mase tengah membace, kak nisak tertido mase tengah menulis. Kelakar betol. Mase time tuh memang aku da gamble je. Aku cakap kat kak nisak aku study yang dapat tips je, if tak keluar yg dapat tips tu memang aku confirm tak dapat jawab and aku failed.


Then, biler mase time exam. Fuhh memang la lega. Soalan objektif memang keluar semua yang aku baca la. Sbb aku dpt contoh2 soalan objektif yg lepas and aku study tu je. Soalan pon memang sebijik cz soalan tertutup kan. Cuma ada sikit2 je yang tak berapa ingat la. Soalan esei pon meang syok la jawab. Memang keluar yang aku target tuh je la. Jawab pon laju je. Exam 2 1/2 jam tapi aku 1 jam je then teros keluar dewan. Malas da nak duk situ cz sejuk sgt tak tahan. Lepas aku kluar kak nisak pon keluar then kiteorg pon blk la bilik n kemas2 barang. Yeay. Tak sabar nak blk. 


Balik je umah teros tido. Mkn pon tak. Malas. Hee~. Sekolah ade sukan mase aku jawab exam 30 jun tu. Tak dapat join and tengok pon. Takpe la. Aku pon tahun ni takde mood pon nk bersukan. Bukan sebab rumah Jingga kalah cz aku tahu orang duk kate takde semangat sbb da kalah. Aku kurang gemar dengan sikap sekarang sbb aku rase persaingan sekrang bukan secara sihat. Bersukan sepatutnya support each other tapi lain yang aku tengok. Bila kalah di kutuk and bila menang di kata main tipu. Itu lah realiti nya. Kalau da kalah kena kutuk next year confirm la budak tu da malu nak masuk. Yang menang pulak duk belagak bangga diri dan mengutuk yang kalah. pe la salahnya support yang kalah and cakap next year cuba lagi. Ko ade talent. Aku tak kesah pon rumah Jingga kalah cz aku tahu apa usaha yang mereka buat. bangga dengan rumah sendiri and ahli2 aku. Tak semangat pon aku tetap bangga dengan rumah sukan aku.

Tuesday, June 14, 2011

Here-I-Am person

I read 'Life is an Open Secret (You, Me and We)'. 
This book is in story telling form to inspire individuals to realize and understand that to gain success in their lives will not only include them, but also around them and how they are treated.


I was attracted to these phrases:
There are two types of people-those who come into the room and say,
"Well, here I am!" 
and those who come and say, 
" Ah, there you are"


Are we living in a life as Here I Am person or There You Are Person?


During moments when we feel alone and lonely they come and knocking our doors and say Here-I-Am.
And sometimes, when they see us teary from far, they come closer and say Here-I-Am, darling, don't worry about a thing.


Do you have your own Here-I-Am person??
Me?? Yes. I do have one.


He is the one that always here besides me even he is far away from me. 
He is the one that will come closer when he see me in tears.
I admit when I am with him I am spoiled. Too much.


I will cry for something bad even it is just a little thing.
Sometimes it is too much. Sorry for that.
I cry when my lappy broke down. You came back and help me in repairing it.
I cry just because I don't want to go back to kampung with you. It's not because I don't like kampung but I have a lot of work to do and I scared I cant finish my work in a given time. You are not angry with me but you went back to kampung alone. After I finish my work you came back and we went to kampung together. 
I cry because I'm wearing henna to my finger and disaster happened when it's not a red henna but it became a black henna. You just looked at my finger and get back to sleep. 


Sometimes we want a different expression from them, but when it is too much it will become something that you don't ever want.


I 'm not a perfect person but I always try to be a good wife for you.
You have been a good husband for me.Thank You for that dear.
Every single day and every single time I always think of you.
I miss you so much.





Sunday, June 12, 2011

2 weeks

2 weeks gone..
i started to miss you now..
:`(

Thursday, June 2, 2011

Nasihat

Menulis entri ini bukan untuk berkata kepada sesiapa tapi cuma sekadar nasihat kepada sesiapa yang membaca. Nasihat ini mungkin dari seorang guru kepada pelajarnya ataupun seorang ibu kepada anaknya. HAHA. Da layak ke aku nak menjadi ibu?? InsyaAllah. Aku ada mendengar beberapa keluhan daripada seorang ibu (mungkin bukan seorang) tentang sikap anak mereka yang terlalu berlebihan dalam bercinta. Umur yang baru setahun jagung sudah berangan2 untuk mendirikan rumah tangga. Itu bukan sepatutnya yang difikirkan. Bukan aku mengatakan tidak layak tapi apa yang patut diangan2kan ialah kejayaan yang akan dibina pada masa hadapan. Itu lebih baik. 


Naluri seorang remaja. Ya. Itu memang betul. Tapi tahukan mereka naluri seorang ibu?? Ibu mereka mahu lihat mereka berjaya dalam pelajaran dan hidup. Bukan hanya sekadar berjaya dalam percintaan. Memberi alasan memerlukan kasih sayang dan dorongan daripada seorang kekasih. Aku memang tidak gemar dengan alasan itu. Kerana kasih sayang dan dorongan daripada keluarga dan sahabat adalah lebih kuat lagi. Mungkin ada yang mengatakan aku tak sporting?? Erm..Mungkin kerana aku sendiri tidak pernah terfikir untuk bercinta semasa sekolah dulu menyebabkan aku berfikir begini. Kolot??Pedulik hape aku.


Apa yang ingin di sampaikan hanyalah sekadar nasihat. Sepanjang masa persekolahan dulu aku lihat ramai kawan2 aku yang bercinta. Bercinta bagai nak rak akhirnya putus di tengah jalan. Bila putus yang aku tak gemar mereka menyalahkan pasangan masing2 menyebabkan mereka tidak berjaya dalam hidup mereka. Konon2 masa bercinta sangat matang tapi bila da putus cinta langsung tak matang. Kerana terlalu berlebihan2 menyebabkan mereka sendiri kecewa. 


Pengalaman aku sendiri ada seorang rakan yang sangat kecewa bila ditinggalkan kekasihnya. Mereka bercinta sejak tingkatan 1. Kekasihnya masuk matriks dan berjumpa perempuan lain. Yang bestnya bukan tinggalkan kawan aku tu tapi pasang 2. Sepanjang persekolahan setia bagai nak gila. Bila pergi tempat lain hancus lebur. Yang perempuan pula da macam nak gila. Dia siap kata tak bole hidup tanpa lelaki tu sebab mereka da lama bercinta.  Satu je nasihat aku pada kawan aku  di saat tu.


Kalau lelaki tu bukan untuk kau, kau kejarla macam mana sekalipun ko tetap takkan dapat.
Tapi, kalau lelaki tu memang untuk kau, kau lari macam mana sekalipun, tetap la kau tu dia punya.
Maksudnya. Ini adalah ketentuan Allah. kau ada Tuhan, kau sembahyang tapi bodoh. Senang aku cakap kan?? Memang aku cakap la orang yang tak faham bahasa itu adalah bodoh. Kalau da Tuhan tentukan itu bukan untuk kau kenapa macam orang gila nak jugak??Ke memang da giler?? HAHA.. agak jahat la ayat aku kan..


Tapi disebabkan kesian kat membe aku tuh aku tolong la juga dia baik2 semula dengan lelaki yang dia tak boleh hidup tuh. Agak2 sekarang dia kahwin tak dengan lelaki tu??? Korang rase???


Jawapannya memang tak la. Lelaki tuh buat hal lagi. Dan akhirnya perempuan tuh merana seorang2 sebab masih lagi setia kat lelaki tuh. Lelaki tu pun memang da tinggalkan perempuan tu dan da ada pasangan lain. Ermm.. Kesian kat kawan aku tu kan?? Kat sini yang aku rasa perempuan tuh memang bodoh.Walaupun kawan aku sendiri, aku tetap cakap bodoh. Jangan la ingat jadi setia tu sifat yang mulia sangat. Kalau da lelaki buat macam tu pon setia lagi sendiri fikir je la. Jangan sebab konon2 setia tak mahu terima orang lain. Memang menyampah la dengan alasan itu. 


Pada aku tak payahla bercinta2 masa sekolah ni. Bukan nak halang tapi terpulang pada masing2. kalau pandai bawa diri bagusla. tapi bukan dengan ada kekasih tu boleh nak bangga2. Kalau dapat straight A's nak bangga2 takpe jugak. Ni setakat ada bf gf ni bangga2 pelajaran pula melingkup tah ke mana. Nak kuar dating pun mintak duet mak ayah bangga sangat la tu dapat belanja gf. 


Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Pada yang tak ada langsung bf atau gf kat sekolah jangan fikir kau tak kahwin pula da besar nanti. Melalu pengalaman aku la, kawan2 aku yang bercinta masa sekola semua belum kahwin. Yang da kahwin yang tak bercinta. Tibe2 je surprise nak kahwin. So, tak yah risau. Tuhan yang tentukan. Kalau masa kau bercinta pun da cakap kat kekasih tu nanti da besar kita kahwin ye. kau bole percaya?? Boleh bagi jaminan ke???Confirm ke?? Belum tentu lagi. Sebab yang tentukan Tuhan. So, takyah la rase2 macam nak jadi Tuhan pula bole janji2 dengan pasangan tu nanti akan kahwin dengan dia.  So, masa sangat panjang lagi. Umur baru 13-14 tahun kan. Da berangan2. Kelakar la budak2 zaman sekarang ni. HAHA.


So, kesimpulannya. Belajar je dulu. Jejak dulu kaki kat U baru la bole fikir nak kahwin. Baru la nampak nak bagi makan anak orang tu apa. Nasi ke pasir kan??Tapi apa2 pon, kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segala2nya. Berdoa pada Tuhan InsyaAllah Tuhan permudahkan segalanya. Kalau sombong, tak pernah minta pada Tuhan memang la tak dapat. Tapi yang asyik di mintak kat Tuhan nak dapat gf or bf je. Tapi tak pernah plak mintak kat Tuhan nak dapat straight A's kan. HAHA..


p/s ~ Banyakkan muhasabah diri, baru kita tahu apa kelemahan kita. Jangan asyik kita saja yang betul.

Tuesday, May 24, 2011

Lelaki idaman (Part 2)

Now nak sambung entry Lelaki idaman (Part1). Actually aku takde mood nak sambung entry ni. Muahahaha. MalasTak ada idea plak. Tak tahu nak cakap macam mana. terpaksa membocorkan rahsia sendiri. HAHA. Pastu ade plak stalker2 tak bertauliah baca blog aku nanti. Macam2 di komen plus kritik ala2 pengkiritik af yang berwibawa tuh. HAHA. Tapi pedulik hape aku kan. Blog aku suke aku la nak tulis pe. Klo rase menyampah sila tutup saja blog ini ya.


Ok. Now back to the topic ya. Lelaki idaman. Seingat aku aku tak pernah pon cakap dekat sape2 yang aku nak lelaki yang kacak ke kaya ke baik hati ke. Tapi aku pernah cakap satu ciri saja yang aku nak. HAHA..agak2 pe ek???


Nak tahu ke???


Aishhh..I bukan artis la..U takyah tahu pon takpe.


HAHA. Mengada betol. Padahal sendiri nak kasitahu kan. Yela2.Aku kasitahu la.


Suatu ketika dulu aku pernah berkata yang aku nak lelaki seperti ayah aku..Muahaha.Macam mana tuh ye???
Wajah seperti babah ke??
Kebijakan dan kepandaian seperti babah ke??
Sifat rendah diri yang ada pada babah ke??
Duit yang bole la kata banyak (Sebab anak dia ni suka abeskan) seperti babah ke??


Ohh..terlalu banyak sifat yang sangat baik wujud dalam babah. Dan lelaki idaman tuh aku tak state yang macam mana part babah aku suke. So, adakah encik hubby aku menepati ciri2 yang aku nak??
Jawapannya.....


Ya. En hubby memang sangat la menepati ciri2 yang ada. En hubby sangat la baik sama seperti babah. Sentiasa cuba menunaikan apa yang aku minta. Seperti kata en hubby sayang punya pasal, suar koyak pon takpe. Sangat terharu. Aku pon takde la kejam sangat suke mintak2. Cuma kadang2 nak manja2 je. Hee~ Selain itu, bidang en hubby same plak dengan babah kan. Mech Eng dan En hubby jugak pensyarah same cam babah. Dan en hubby aku juga sehebat babah walaupun belum boleh menjadi tandingan babah. Tapi En hubby tetap hebat dan aku sangat la sayang en hubby.




Aku nak jump into conclusion je la ye. Malas nak cakap lebih2 lagi sebab orang bosan plak nanti baca cite tah pape kan. So, the conclusion is.... En hubby ialah Lelaki Idaman saya yang hanya wujud dalam En hubby saja....:)


p/s ~ Sayang, saya puji2 sayang ni..Sila belanja saya!:P

Friday, May 20, 2011

Lelaki idaman (Part 1)

Muahahaha..Layak lagi ke aku nak wat entri cmni?? Ishkk2..Apakah??Mesti org kate, Weh tak sedar diri ke??Ko kan da kawen. Nak ade lagi ke lelaki idaman. HAHA. Takde la kot. Aku just wat saje2.Untuk share opinion jek ye..


Orang suke kata, aku nak lelaki kacak, aku nak lelaki kaya, nak yg bergaya, nak yg baik, nak yg badan tegap, nak kulit putih, nak  yang tinggi, nak yang mcm prince William (Bukan perempuan je letakkan pilihan, lelaki pon same ye) Amboi2..kalau letak syarat tuh cam ko hebat sangat kan. Cam ko ni memang paling da cukup cantik la kalau nak lelaki kacak jek. HAHA. Bukan nak kate tak cantik. Suma ciptaan Allah tuh cantik2 ye. Terpulang pada kita menilainya dari sudut macam mana.


Tak salah kita meletakkan syarat untuk memilih lelaki/perempuan idaman kita. Tapi ingat. Pilih biar berpada. Bukan sekadar cantik dan kaya. Apa gunanya cantik tapi dalaman macam hampeh. Apa gunanya kaya kalau budi bahasa macam sampah. Semua tu tak menjanjikan apa2 pun. Duniawi semata2. Kata cinta kerana Allah. Tapi tetap nak cari yang cantik, yang kaya, yang cun melecun. Kalau cinta kerana Allah bukan itu yang menjadi nilaiannya. So renung2 kan lah ye..


Aku pula cmne ye??Pernah ke letakkan syarat macam mana lelaki yang aku nak?? Rahsia akan terbongkar di sini ye. Masa sekolah memang aku tak pernah fikir pon lelaki idaman2 ni. Biase la kan perempuan garang kan. Tak macho la nak bercinta2 masa sekolah. Sekadar cinta monyet cuma bazir masa saje. Ok. Masuk Matrik memang la ada bercinta tapi biase la, 1st time kan. Tertipu dengan lelaki. Menangis macam nak gila time tu tapi lepas tu boleh fikir secara waras yang semua tu takdir dan jadikan pengalaman. Seronok juga ada pengalaman putus cinta kan. Then, masuk U rase serikla jugak nak bercinta. Tapi aku letakkan satu je syarat lelaki idaman aku. Macam mana tuh ye???? Macam Fahrin Ahmad ke?? Macam Aaron Aziz ke?? Macam Prince William (Eh sorry. I tak minat la mat2 saleh ni. HAHA)...


Nak tahu??


To be continued....

Tuesday, May 17, 2011

Hari Guru

Hari guru membuatkan semua guru rasa dihargai. Aku? Alhamdulillah. Bukan hadiah yang aku pinta sebagai penghargaan. Tapi, fokus semasa aku mengajar itu yang penting. Hari Guru kali ni memang banyak sangat hadiah yang aku dapat. Seronok. Balik rumah ada sesi membuka hadiah bersama suami. Macam bukak hadiah kahwin plak. Comel2 je budak2 ni bagi. Aku tak kisah pon ape2. Yang paling bernilai sekali yang aku nak ialah keputusan peperiksaan yang bagus. Itu memang hadiah paling bernilai dan yang aku nanti2 kan.
Nak tahu hadiah yang aku dapat?
1. 4 shawl ( pandai bdk2 ni. Tahu je aku suke pkai shawl ye)
2. beberapa batang pen merah ( Nak suruh cg tanda buku cepat2 la tu. HAHA. Tapi memang sangat suke dapat pen merah. snang. cukup stok smp ujung thn nie.)
3. beberapa batang pen (biru ada, hitam pon ade plus ade pen comel yang hujungnye ade rabbit.comel3)
4. pencil case ( kecik je pencil case nye. Tak muat nak letak semua barang. Tapi bole letak semua pen merah yang aku dapat. hee~)
5. Flip flop ( menatang pe ni?? aku pon tak tahu namanye. Tapi ade tulis kat situ. Die cam perhiasan la yang letak kat kete bleh goyang2 tuh)
6. fresh flower ( bunga pe ek namenye???tak tahu la. tapi biase tengok. kaler putih. Sweet~)
7. chocolates. (tahu2 je kan aku suke makan chocolate. 4 students bagi aku chocolates)
8. epal (nak bg aku shat dan kuat. bg aku epal tuh. hee~)
9. Picture Frames ( comel je frame dieorang bg. Sweet sgt)
10. Mug ( ade dapat 4 mug. adeh. Nak srh aku minum byk2. Memang giler la. last year pon banyak dapat Mug. Tambah koleksi lagi. HAHA.)
11. note book (kecik je bukunye. Muatla nak msk hand beg)
12. organizer ( dapat organizer lagi wpon da half year. still bole gune pe. hee~)
13. t-shirt hotlink no 10. ( hee~sweet betol. nak srh aku maen futsal kot. tapi takpela. aku simpan wat kenangan la)
14. tabung(haha. ade jgak yg bg tabung ek. nak srh aku simpn duet la tuh)
15. lilin (bukan llin putih tuh. lilin yang ade bau wangi2 tuh.tau?? Hee~. dua kot aku dapat)
16. Tempat letak pen ( ala yang siap ade lubang utk letak pen tu. ade dapat 2 xsilap. satu yg ade lubang  2 yang bole letak dua pen je la. satu lg yang memang bole letak byk2 pen.)
17. erm..tak tahu name die pe. tapi yang ade pasir yang boleh kire mase tuh. pasir mase ke??




Banyak jgak aku dapat kan. Aku sangat menghargai semua hadiah yang aku dapat. Dan hargai jugak usaha pengawas yang betrungkus lumus menjayakan hari guru. Really enjoy it cz it might be my last year in this school. Tapi seperti yang di katakan untuk anak2 murid aku hadiah paling bernilai ialah keputusan yang cemerlang. Aku tunggu hadiah yang tersayang plak. Paling suke mase aku mintak hadiah.


FH : Sayang, nak baju...
Hubby: Seluar saya pon koyak
FH: Sayang, nak baju...
Hubby : Yela2.. sayang bini punye pasal seluar koyak pon tak pe..


Hee~ Really like those words...

Wednesday, May 11, 2011

cornetto


Cornetto
Sape yang tak cair dengan cornetto??

Situasi 1:
membuat muke masam dgn en hubby sbb saket perot n kene drive ke pasir gudang. On d way ke pasir gudang diam seribu bahasa. Langsung tak mahu bercakap. Mase nak blk tnjk ego kate ok n bole je nak drive. Pastu brenti kat stesen minyak nak isi minyak. En hubby g toilet. Then, tbe2 tadaaaaaa...en hubby membawa cornetto. Menyuruh aku duduk kat sebelah n die drive. Weee~ dpt je cornetto teros je mulut tak brenti2 bercakap. HAHA.

Situasi 2:
Seorang pelajar memanggil aku dengan cara kurang sopan. Then, pelajar tu sangat la rase bersalah. Die asek cakap cikgu saya minta maaf. Aku plak kata nak minta maaf bagi solero la. HAHA. Dalam kelas tak brenti2 cakap minta maaf. Then, esoknya, pagi2 lg da datang jumpa aku. Cikgu, saya minta maaf sambil hulurkan cornetto. Wahhh.. siap ade cornetto.. aku pon cakap, pagi cmni srh saya makan eskrim. Then, die jwb "takpe, cikgu simpan dalam peti. nnt makan'.HAHA.comel betol bdk2 ni.

p/s ~ Fatimah memang cair dengan eskrim tak kire la pape eskrim pon. HAHA.

Tuesday, May 10, 2011

Sayangi Ibu anda

Yeah.Aku tak buat pon entri utk mother's day. Pada aku hari2 ialah hari ibu. So, tak perlu la bila hari ibu je baru nak express sayang dekat ibu. Hari2 kita bole express sayang ibu kita. Hari-hari kita bole peluk n cium ibu kita. Tak payah nak tunggu hari ibu baru nak buat semua tuh. Hadiah pon. Tak perlu nak tunggu sebab baru nak beli. Bile2 je kita bole beli hadiah untuk ibu kita. Ni nak tunggu hari ibu baru nak beli. Pelik betol la. Ibu kita jaga kita 9 bulan dalam perot then besarkan kan kita sampai la sesempurna manusia kita nak tunjuk sayang kita n bagi hadiah cuma setahun sekali je??? Masa hari ibu je?? Kejam tuh...So, Hari Ibu sepatutnya hari2.Bukan satu hari je dalam setahun. 


Dulu, aku pon mcm tu. Mother's day baru nak beli hadiah. Takpon besday. Tapi sekarang tak mcm tu. Every month mesti beli something utk mama. Tak kesah la mende tuh mahal ke murah, mak kita tetap akan hargai pe yang kita beli. SO, tak perlu tunggu hari ibu baru nak wat segala macam mende gempak2. Hari2 laen bukan maen lagi lawan ckp mak. Tuh memang la tak betol. Tak dapat bagi hadiah pon tak pe, yang penting hari2 kita salam, peluk n cium mak kita...:)


p/s ~ Rmai pulak da tanya bile aku nak jadi ibu ni?? InsyaAllah. Doa2 je la..:)

Monday, May 9, 2011

60 seconds

What can u do in 60 seconds??Can u surprise your loved?? Of course boleh..kalau mahu la kan..It depends on you. You mahu you buat. You tak mahu mestila tak jadi kan. Surprisingly, I got a surprise. Haha. Surprise ke?? Erm..For me yes. Sebab aku tekejot. If terkejot, jadilah surprise kan. If tak terkejot it still call surprise cuma that people yang kene surprise tuh tak anggap surprise la. So,tak brape nak surprise la. haha. 


Ok. Pe yang berlaku last Thurs aku kira dapat kejutan la (surprise la tu). Maybe orang laen tak anggap ni surprise pon tapi I did cz serius memang aku terkejot and tak sangka. hee~ Actually aku minta my hubby untuk balik last Thurs cz mama n babah nak pg KL. Then he only said tengokla, InsyaAllah, tak janji. That's what he said. So disebabkan jawapan tak memberangsangkan, i didn't put any hope on that. Takpela, if dapat cuti balikla kan. Then, I never asked him anything about that again. Diam je la kan. Dia pon takde cakap pape pon smpaila hari khamis tu. Khamis pun da malam he called me. Masa tuh aku tengah menggosok baju untuk ke sekolah esok.


Our conversation :
Hubby: watpe tu
FH : gosok baju. Sayang kat mane tu??
Hubby : On the way nak balik la
FH : Sayang balik???Ingatkan tak balik.
Hubby: Balik la. Kan sayang suruh balik.
FH: Syang da kat mane tu??
Hubby: Depan rumah
FH: Tipu la tu. Tadi kata on the way. Ni depan rumah plak.
Hubby: Betolla. Saya depan rumah
FH: Eleh. jangan la nak tipu. Tadi sayang kata on the way. Camne pulak da boleh sampai depan rumah.


Sumpah. aku memang tak percaya pon yg hubby aku ade depan rumah. Time tuh baru pukul 10 lebih. Takkan la da sampai kan. Lagipun die abes keje da dekat pukul 7. Mane bole sampai pukul 10 lebih. Ari tuh pon die sampai da kul 12 lebih. Ni awal sangat.


Hubby Betolla. 1 minit lagi saya sampai.
FH: Tipu. Kalau sayang tak sampai sayang kene belikan kita baju.
Hubby: Eh, pesal plak macam tuh
FH: Yela. Kene jugak
Hubby: Ok la. Kita kire ye. 
        1 min....
        50 saat
        40 saat
        30 saat
        20 saat
Hubby dan FH : 10
                        9
                        8
                        7
                        6
                        5
                        4
                        3
                        2
                        1
Hubby: Ok. saya da sampai. Sayang bukak la pintu
FH: Tipu la.
Hubby: betolla. Sambut la suami balik.


Aku pon bukak pintu. Eh, betulla. Sayang da ada depan rumah. Hee~ Bez.bez.bez. Tak sangka.Hee. Mungkin orang laen tak anggap pon surprise. Tapi aku sangatla surprise and happy. Hubby aku ni tersangatla baik, bila aku minta balik seboleh2nya dia akan tunaikan jugak. Jauh2 pun balik. Hari tuh nak balik Pekan drive pagi2 buta pukul 3. Lepas tu sampai sana demam. Aish. Kesian kat dia. Then, bila die balikla boleh la kami keluar meronggeng. Bole la keluar malam kan. Kalau tak duk umah je. Lagi sejak ada 2 pesakit kat umah. Aku yang kene jaga. So memang tak keluar mana la kan. 


Last Fri kami tengok cita Fast and Furious 5. Next, nak tengok Kongsi. Then, Kung Fu Panda 2.1 week 1 movie (boleh kan sayang??) Tapi banyak lagi la wayang dalam list, nak tengok Nur Kasih, Sekali lagi, Xmen, Pirates of the Carribean.. erm.. Tak sempatla nak tengok semua kalau nak tunggu sayang balik. yang penting dapat tengok Kongsi and Kung Fu Panda 2. Hee~


p/s~ I love u sayang..:)

Wednesday, May 4, 2011

I started to write

Bile lame tak menulis. I'm stuck with no idea. Bukan tak nak menulis. Tapi too much things to settle. It started when acik got sicked. Sape yang tak sedih bile tengok adik sendiri dalam kesakitan. Tak tertanggung rasanya kesakitan dia masa tuh. Aku sebagai kakak terasa nak minta biar kesakitan tu aku yang tanggung tapi yang aku mampu minta Tuhan beri aku kekuatan untuk aku jaga adik aku. Alhamdulillah, i got that strength. Kekuatan untuk tiap2 malam berjaga and jaga adik aku. Walaupun kekuatan emosi tak ada. Setiap kali tengok dia kesakitan aku la yang menangis. Tapi aku juga bersyukur ada sang suami yang sangat supportive. Lepas je dapat phone call aku nanges2 die terus balik JB. Bukan dekat ye. Dari Pahang. Saya awak sangat2. He always here besides me whenever i need him.
Alhamdulillah, now acik is in recovery phase.

Sekarang kat rumah ada dua patient. Satu patient yang baru lepas operate which is acik and another one is patient yang baru lepas bersalin which is along. Both of them kene berpantang. hee~ Kesian sangat cz tiap kali tengok aku and adik makan mesti dieorang tanya. Makan apa tuh...haha.. Tapi nak buat macam mana kan.Orang sakit nak sihat mestilah kene berpantang kan. No worries la. After sihat, kita boleh makan besar ramai2 ye. Ada Along of course la ade baby kan. Yeah~ Sangat best. Everyday main dengan baby. Malam aku kene tido dengan baby. Yang tak best baby ni suke nanges malam. sampai 3-4 kali nanges nak susu. Aku sebagai auntie yang merangkap mummy die (ceh nak panggil mummy tu) kene la gigih juga bangun untuk wat susu baby. yeah~ Bagus2.. hee~

Last week jgak exam untuk kelas Master da abes. Aku cume ada 2 paper je. 2 je pon tapi tak study langsung. I repeat. Tak study langsung. Bukan sengaja or nak tunjuk pandai. tapi memandangkan aku bz sangat jaga Acik kat hospital masa tuh memang tak sempat nak study. Ada jugak rasa bersalah pada diri sendiri tapi tak pe la. Family is the most important. So, pandai2 la aku adjust kan. 10 minutes before aku masuk kelas untuk exam sempat la selak notes. hee~ sempat la tengok pape yang patut n Alhamdulillah aku dapat jawab semua. Walaupun bukan la yakin untuk dapat 4 flat kan. At least I try my best la. Semua yang lecturer ajar dalam kelas boleh ingat so bole la jawab exam. Tapi rase bersalah jgak pade Dr A sebab paper dia aku tak jawab dengan baik sangat la. Kalau stdy mungkin jawab bole lagi hebat kot. Takpela bukan rezki. InsyaAllah next sem tinggal lagi 2 paper je then boleh la nak grad kan. Then nak mintak pindah. yay~

Another thing I want to share is I achieved one of my dreams. yay~ Thanks sayang for settle everything for me, thanks to mama n babah also for a bit financial support. Suke.suke.suke. What is that?? hee~ just wait n see...sssyyyhhhhhhhh....

p/s ~ sayang..i miss u..get well soon..

Welcome to our family

let pictures do the talk






Nur Afriena Bt Ahmad Shamsuddin
15 April 2011