Menulis entri ini bukan untuk berkata kepada sesiapa tapi cuma sekadar nasihat kepada sesiapa yang membaca. Nasihat ini mungkin dari seorang guru kepada pelajarnya ataupun seorang ibu kepada anaknya. HAHA. Da layak ke aku nak menjadi ibu?? InsyaAllah. Aku ada mendengar beberapa keluhan daripada seorang ibu (mungkin bukan seorang) tentang sikap anak mereka yang terlalu berlebihan dalam bercinta. Umur yang baru setahun jagung sudah berangan2 untuk mendirikan rumah tangga. Itu bukan sepatutnya yang difikirkan. Bukan aku mengatakan tidak layak tapi apa yang patut diangan2kan ialah kejayaan yang akan dibina pada masa hadapan. Itu lebih baik.
Naluri seorang remaja. Ya. Itu memang betul. Tapi tahukan mereka naluri seorang ibu?? Ibu mereka mahu lihat mereka berjaya dalam pelajaran dan hidup. Bukan hanya sekadar berjaya dalam percintaan. Memberi alasan memerlukan kasih sayang dan dorongan daripada seorang kekasih. Aku memang tidak gemar dengan alasan itu. Kerana kasih sayang dan dorongan daripada keluarga dan sahabat adalah lebih kuat lagi. Mungkin ada yang mengatakan aku tak sporting?? Erm..Mungkin kerana aku sendiri tidak pernah terfikir untuk bercinta semasa sekolah dulu menyebabkan aku berfikir begini. Kolot??Pedulik hape aku.
Apa yang ingin di sampaikan hanyalah sekadar nasihat. Sepanjang masa persekolahan dulu aku lihat ramai kawan2 aku yang bercinta. Bercinta bagai nak rak akhirnya putus di tengah jalan. Bila putus yang aku tak gemar mereka menyalahkan pasangan masing2 menyebabkan mereka tidak berjaya dalam hidup mereka. Konon2 masa bercinta sangat matang tapi bila da putus cinta langsung tak matang. Kerana terlalu berlebihan2 menyebabkan mereka sendiri kecewa.
Pengalaman aku sendiri ada seorang rakan yang sangat kecewa bila ditinggalkan kekasihnya. Mereka bercinta sejak tingkatan 1. Kekasihnya masuk matriks dan berjumpa perempuan lain. Yang bestnya bukan tinggalkan kawan aku tu tapi pasang 2. Sepanjang persekolahan setia bagai nak gila. Bila pergi tempat lain hancus lebur. Yang perempuan pula da macam nak gila. Dia siap kata tak bole hidup tanpa lelaki tu sebab mereka da lama bercinta. Satu je nasihat aku pada kawan aku di saat tu.
Kalau lelaki tu bukan untuk kau, kau kejarla macam mana sekalipun ko tetap takkan dapat.
Tapi, kalau lelaki tu memang untuk kau, kau lari macam mana sekalipun, tetap la kau tu dia punya.
Maksudnya. Ini adalah ketentuan Allah. kau ada Tuhan, kau sembahyang tapi bodoh. Senang aku cakap kan?? Memang aku cakap la orang yang tak faham bahasa itu adalah bodoh. Kalau da Tuhan tentukan itu bukan untuk kau kenapa macam orang gila nak jugak??Ke memang da giler?? HAHA.. agak jahat la ayat aku kan..
Tapi disebabkan kesian kat membe aku tuh aku tolong la juga dia baik2 semula dengan lelaki yang dia tak boleh hidup tuh. Agak2 sekarang dia kahwin tak dengan lelaki tu??? Korang rase???
Jawapannya memang tak la. Lelaki tuh buat hal lagi. Dan akhirnya perempuan tuh merana seorang2 sebab masih lagi setia kat lelaki tuh. Lelaki tu pun memang da tinggalkan perempuan tu dan da ada pasangan lain. Ermm.. Kesian kat kawan aku tu kan?? Kat sini yang aku rasa perempuan tuh memang bodoh.Walaupun kawan aku sendiri, aku tetap cakap bodoh. Jangan la ingat jadi setia tu sifat yang mulia sangat. Kalau da lelaki buat macam tu pon setia lagi sendiri fikir je la. Jangan sebab konon2 setia tak mahu terima orang lain. Memang menyampah la dengan alasan itu.
Pada aku tak payahla bercinta2 masa sekolah ni. Bukan nak halang tapi terpulang pada masing2. kalau pandai bawa diri bagusla. tapi bukan dengan ada kekasih tu boleh nak bangga2. Kalau dapat straight A's nak bangga2 takpe jugak. Ni setakat ada bf gf ni bangga2 pelajaran pula melingkup tah ke mana. Nak kuar dating pun mintak duet mak ayah bangga sangat la tu dapat belanja gf.
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Pada yang tak ada langsung bf atau gf kat sekolah jangan fikir kau tak kahwin pula da besar nanti. Melalu pengalaman aku la, kawan2 aku yang bercinta masa sekola semua belum kahwin. Yang da kahwin yang tak bercinta. Tibe2 je surprise nak kahwin. So, tak yah risau. Tuhan yang tentukan. Kalau masa kau bercinta pun da cakap kat kekasih tu nanti da besar kita kahwin ye. kau bole percaya?? Boleh bagi jaminan ke???Confirm ke?? Belum tentu lagi. Sebab yang tentukan Tuhan. So, takyah la rase2 macam nak jadi Tuhan pula bole janji2 dengan pasangan tu nanti akan kahwin dengan dia. So, masa sangat panjang lagi. Umur baru 13-14 tahun kan. Da berangan2. Kelakar la budak2 zaman sekarang ni. HAHA.
So, kesimpulannya. Belajar je dulu. Jejak dulu kaki kat U baru la bole fikir nak kahwin. Baru la nampak nak bagi makan anak orang tu apa. Nasi ke pasir kan??Tapi apa2 pon, kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segala2nya. Berdoa pada Tuhan InsyaAllah Tuhan permudahkan segalanya. Kalau sombong, tak pernah minta pada Tuhan memang la tak dapat. Tapi yang asyik di mintak kat Tuhan nak dapat gf or bf je. Tapi tak pernah plak mintak kat Tuhan nak dapat straight A's kan. HAHA..
p/s ~ Banyakkan muhasabah diri, baru kita tahu apa kelemahan kita. Jangan asyik kita saja yang betul.



No comments:
Post a Comment