Alhamdulillah sudah 11 hari Umat Islam berpuasa. Begitu juga aku. Masih diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah SWT untuk menjalankan ibadah puasa. Walaupun minggu lepas diuji dengan kesihatan yang kurang baik namun aku gagahkan diri juga berpuasa dan Alhamdulillah Tuhan membantu hambanya yang memerlukan pertolongan. Dan semalam juga di kala aku tak berdaya apabila sejak pagi lagi semua makanan yang dimakan sahur dikeluarkan semula tanpa keinginan, aku masih lagi meneruskan puasa aku ini. Kala itu memang aku sudah hampir putus asa dan terasa mahu membatalkan puasa tapi mungkin kerana tiada syaitan yang menghasut diri aku pun memujuk dengan mengatakan niat kerana Allah pasti Allah akan membantu. Dan Alhamdulillah dalam keadaan yang tidak berdaya aku masih mampu menghabiskan puasa aku. Syukur Alhamdulillah. Ramai yang aku mendengar kisah2 dari rakan2 yang sudah berpengalaman menceritakan mereka tidak berdaya langsung berpuasa di kala berkeadaan seperti aku. Tapi aku tahu aku perlu gagahkan diri dan sentiasa memohon kekuatan dari Allah SWT kerana sesungguhnya hanya Allah yang Maha Besar boleh memberikan pertolongan kepada hambaNya. InsyaAllah aku bertabah untuk menghabiskan puasa aku pada tahun ini.



byk rest..yg pnting jgn kurang mnum air trismister ptama..pnuh kpayan sket..:)..so kalu bnar2 x larat posa bbuka je..so bile due?n rya kat mne thn ni angah?
ReplyDeleteye..terima kasih dr shahida..hee~ Alhamdulillah masih lagi larat.. Nak habiskan puasa tahun ni..InsyaAllah due awl bulan 3.. 1st raye kat umah yus..then raye ke2 balik bentong..raye ke3 blk lipis..akak ade kat bentong kan raye ke2..so kt jmp kat sane ye..
ReplyDelete